Saturday, November 5, 2011

JUST READ : dugaan aku dekati SPM !

Setiap manusia akan rasa dugaannya walaupun perit manapun . . Tapi aku sebagai manusia biasa , aku kena hadapinya dengan 'RASIONAL' . Aku tahu aku manusia yang paling berdosa dengan usia yang muda ini , tapi aku perlu matang dan hadapi segala rintangannya sebab keluarga aku ada ajaran agama dan aku pun masih ada ajaran agama . Aku sedar sapa aku . 


Sejahat mana pun aku dulu kat orang yang aku sayang , tapi aku tak mahu ulang . ALLAH masih beri aku kesempatan untuk hidup sekarang ni , maksudnya aku perlu terima segala dugaan Allah yang telah ditentukan kat aku sekarang . Aku tak mahu orang kata aku ni manusia BODOH yang tak tahu maksud penyesalan . Memang aku manusia yang paling beruntung walaupun kadang-kadang aku rasa aku JIJIK DAN DIPANDANG RENDAH OLEH ORANG ,tapi sekarang bagi aku kemungkinan ALLAH nak aku rasa kepayahan hidup didunia ni . 


Banyak orang bagi nasihat kat aku , bagi aku , aku layak buat keputusan sendiri . Lagipun , aku sekarang tak takut dengan dosa dunia , sebab bagi aku , aku buat aku tanggung . Dosa dunia sekejap dan manusia boleh maafkan , tapi DOSA AKHIRAT , sapa nak tolong aku masa tu , takda sapa . aku kena tanggung sorang-sorang dan akan rasa semuanya selama-lamanya dan aku tak tahu sampai bila . Aku harap aku boleh tabah . 


Bila aku kenang balik apa yang aku rasai dan hadapi sekarang aku sedih sangat-sangat , aku dah rasa aku putus asa untuk hidup . . Tapi tak guna juga , satu hari nanti aku akan jumpa jalan penyesalan . Seteruk mana pun aku , aku kena senyum dan lupa segalanya walaupun terpaksa tanggung sendiri  satu hari nanti. Aku dan diri aku adalah masa depan aku , tapi bukan orang lain , semua atas diri aku dan usaha aku sendiri . .


Aku sekarang cuba untuk berfikir "POSITIVE" , aku nak luah ja , bila seseorang tu takut hadapi segala dugaan dalam hidupnya dan tinggalkannya begitu ja , dia tak akan boleh hidup tenang , hidup dia akan rasa tak tenteram satu hari nanti walaupun bukan sekarang . satu hari nanti dia akan pandai berfikir sendiri . BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAK AKAN BERBUNYI . . dia akan rasa juga apa yang aku rasa . ALLAH MAHA ADIL , bagi aku , aku tak takut salah aku dengan manusia atau apa ja , tapi aku takut dekat ALLAH . sebab aku makhluk yang kecil ja pun . aku tak mahu tanggung dosa .
Aku sekarang berserah segalanya kat ALLAH . . Aku serah kat QADAK & QADAR .  aku nak jadi manusia yang bangkit dari
kesilapan . Aku nak masa depan aku cerah , walaupun banyak rintangan yang perlu aku hadapi , walaupun akan ada manusia akan salahkan aku dan benci aku . INSYAALLAH aku akan hadapinya dengan kesabaran yang ada . 


Aku nak semua yang aku luah dekat sini , akan menjadi saksi dan sokongan bagi aku sendiri untuk hadapi segalanya . aku tak mahu cakap kosong yang tak jadi . aku ada akal , aku nak guna akal aku sebaik mungkin . AMIN .

                                                                                                                        Lots of love
                                                                                                                             -dd-


p/s : segalanya luahan aku . segalanya berlaku dekat diri aku . semuanya dikarang oleh aku .semuanya diluah dari hati . SALAM .

2 comments:

uncHa said...

tabah menghadapi ujian hidup ye..Allah tak kan duga umatnya melebihi kudratnya..wasalam

ღneeya shikeyღ said...

heyy you dd ;) edy update my blog lerrr

 

Show Me The Stars Template by dd Designs